Monday, November 23, 2009
Kisah Saya di Sabah
Belum masuk sekolah saya tidak penah belajar baca dan mengira kerana saya tidak pigi tadika. Maka saya jadi sangat benar buduh. Tapi bila cikgu bilang saya buduh saya marahlah. Cikgu mesti ajarkan saya baru saya pandai.
Masa saya darjah satu, beberapa bulan pertama saya duduk sama barisan murid-murid buduh. Bila saya angkat tangan mau mengeja tulisan di atas papan itam. Cikgu tingu saya, silakan Helmi cikgu bilang. Saya eja betul, lalu cikgu pun tukar tempat duduk saya sama murid-murid separuh pandai. Tapi saya terus duduk di situ sampai abis darjah satu. Murid-murid tempat duduk pandai saya tidak kenal. Tapi saya tidak sedih sebab kawan-kawan saya yang buduh dan separuh pandai selalu main guli sama saya.
Di Sabah kawan-kawan saya banyak pakai nama macam orang putih tapi muka macam melayu. Nama kawan-kawan saya ada Edger, Richard, Dougles, Melissa, Sharon, Micheal. Saya pikir sebab mereka bukan orang Islam. Tapi saya penah tegur sama Richard, kotor ba minum air paip tu! Dia bilang teda pa, boleh baca Bismillah. Mesti ustazah yang kasi tau sama Richard sebab di sekolah sepa-sepa kristian mau masuk kelas ustazah boleh. Tapi jangan duduk dalam tandas ja nanti kena rutan _____t.
Di sekolah ibu saya bagi wang saku sebanyak 30 sen. Saya simpan wang saku saya dalam sapu tangan dalam saku. Suatu hari saya sama kawan-kawan saya main polisentri sebelum loceng pagi bunyi. Kami punyalah gembira berlari-lari sama kejar-kejar. Nasib malang tu hari saya tingu sapu tangan saya sudah teda wang saku. Mesti cicir sudah. Buduh kenapalah saya tidak sedar. Saya punyalah sedih mau nangis.
Masa rehat saya duduk saja dalam kelas. Tidak dapatlah saya mau pigi beli keropok yang ada tikam.
Tibah-tibah kakak saya lalu tepi kelas dia nampak saya. Saya mau tapuk tidak sempat sudah. Kenapa duduk dalam kelas dia bilang. Saya bilang wang saku saya cicir tadi pagi. Dia pun tulung beli makan saya. Sampai rumah dia tulung kasi tau sama ibu. Ibu pun rutan ____t saya. Saya rasa mau bubut ja kakak saya toh!
p.s: minta-minta kakak saya tidak baca ni cerita!
Thursday, November 19, 2009
Sistem Barter
Siap mandi dan solat gua terus serang meja makan pasal gua memang menahan lapar sejak dari ofis lagi. Biasanya kalau gua balik lambat gua petang-petang akan lepak pekena teh dan kuih sebijik dua dulu kat Warung Hamid. Tapi petang tu gua leka pasal sebuk sangat siapkan kerja-kerja kat Facebook.
"Nasi goreng buat makan petang tadi", bini gua jelaskan kat gua bila gua tanya.
"Zai dah makan, abang abiskan je la nasi ni yer?" gua sound dia balik. Dah la gua lapar, sedap pulak tu nasi goreng yang katanya terlebih bawang putih. Gua bukan vampire jadi gua takde hal nak layan bawang putih. Tambah pulak dengan telur dadar deep fry, udang masak merah, gua memang rancang nak pelahap je.
"Sedap ke yang?" tanya bini gua bila dia teman gua duduk sebelah.
"Sedap.... macam makan kat kedai. Berapa semua ni kira!?" gua buat-buat tanya.
"tit tot tit tot," bini gua buat eksyen macam kira-kira dengan mesin kira. "Macam ni lah, Zai bagi percuma tapi malam ni sebelum tidur abang buat ehh....?" bini gua bagi cadangan dengan tona suara manja-manja. Gua senyum je... Tak adalah nak berdebar-debar pasal dah 2 tahun pun kahwin. Fahim yang menepek dekat kami ni tak tahulah faham ke tidak.
.
.
.
.
.
Maka bila sampai je waktu nak tidur, seperti yang dijanjikan masa atas katil tu gua pun tukarkan lampin Fahim sebelum dia tidur. Selalunya bini gua yang bikin. Tapi malam tu lampin Fahim bukan takat berat je, tapi dengan sisa-sisa kumbahan sekali gua terpaksa settlekan!
p.s: Lu orang jangan mimpi gua nak cerita bab-bab produksi!
Wednesday, November 18, 2009
Cari Jodoh
Kebelakangan ni gua kerap terdengar lagu 'Cari Jodoh' ni. Nak pulak kedai makan kat depan ni ada Juke Box singgit satu lagu. Itu hari gua dok berbincang dengan orang-orang teksi dengan bos gua, sekali ada sorang minah indon ni pergi main lagu tu saja berulang-ulang.
Start dari tu, bila gua singgah mana-mana blog dan web social network awek-awek, mesti gua terdengar background lagu ni. Gua jadi heran, pasal apa awek-awek yang minat lagu ni sedangkan kisahnya pasal seorang lelaki sebab penyanyinya lelaki yang ada masalah tak jumpa jodoh.
Nak pulak gua tengok awek-awek kat profile tu bukan jenis lekeh-lekeh. Semua ada rupa. Tak malu ke bagi member dengar lirik terdesak macam tu? Selalunya lagu yang lekat dengan kita lagu yang ada chemistry kuat dan dekat dengan kisah hidup. Maka gua datang dengan satu kesimpulan...
Awek-awek zaman sekarang ni dah teramat susah nak berjumpa jodoh pasal nisbah lelaki dengan perempuan sekarang ni yang cecah 40:1. Tak payah jauh, gua tengok blogger awek-awek pun banyak yang single. Gua kesian jugaklah.
Gua ni agak mampu dari segi zahir dan batin, tapi kalau lu orang mintak tolong gua, gua mintak maaf awal-awal. Lu orang kena takle ati bini gua dulu. Gua pun tak mintak sangat benda ni. Tapi kalau bini gua dah paksa-paksa gua tolong kaum sejenisnya, gua redha je.
Monday, November 16, 2009
CEO-patra
Sebab boring punya pasal sambil menunggu minah ni key-in gua punya poslaju, mata gua rambang je screening setiap penjuru pejabat pos Bagan Dalam. Gua tengok kat dinding adalah gambar PM kita, Yang Di Pertua Pulau Pinang dan pasangannya, gambar Ketua menteri, dan seorang lagi gua tak kenal. Nampak muda je, umur tahap pelakon yang baru pertama kali dapat skrip jadi abah selepas beberapa kali dapat skrip jadi hero.
Gua sajalah tanya minah key-in ni siapakah gerangan lelaki dalam frame tu stail macam akak jiran belakang rumah gua.
"Tu gambar sapa?"
"hmm... tu CEO,"
"Oh, CEO poslaju,'
"Pos Malaysia",
"Eh Nak habaq tu lah... Sapa nama dia?" Sajalah tanya buat menambah ilmu. Kalau dah CEO Pos Malaysia tentulah femes, koman benarlah kalau aku tak tahu. Tapi kali ni lambat pulak dia jawab sambil key-in sambil jeling-jeling jugak gambar tu. Bawah gambar tu ada tertera nama dia tapi kecik sangat, mata gua taklah sampai tahap Superman.
"Ntah, tak tau..." Katanya. Aku geleng kepala dalam hati. Takkanlah kerja Pos Malaysia, CEO sendiri pun tak kenal. Ni nak kira macam mana ni?
.
.
.
CEO kompeni gua dengar khabarnya dah nak lepaskan jawatan dia kat MRCB sebab dapat posisi kat EPF. Angin bertiup kencang kata pengganti dia Executive Director sekarang, Datuk Ahmad Zaki. Wartawan cepat betul hidu, padahal gua dengar board meeting belum lagi. Gua pasrah.
Kalau Encik Shahril Ridza makan cendol dengan gua, Datuk Zaki pulak makan Nasi Kandar satu meja depan ofis. Sangat sempoi. Kira gua restulah mana-mana pun...hehe.
Thursday, November 12, 2009
Mentang-mentanglah gua seorang 'anggota polis'!~
Lepas sapu sebungkus roti Gardenia Bonanza Big Value yang dipotkan depan kedai, gua melangkah masuk nampak maple yang jaga kedai runcit tu tengah lepak-lepak baca paper. Apa kejadahnya memalam baca paper? Agaknya dari pagi tadi cuba mengkhatam semua jenis paper termasuk Utusan Zaman.
Gua letak roti depan dia, dia tengok gua atas bawah.
"U ni polis ker?" tak pepasal je dia tanya gua.
Gua anggukkan je kepala.
"U polis mana punya",
"B*******", gua pandang tepat je kat mata dia tanpa ragu-ragu.
"Oh, saya ada kenal ramai juga polis B******", nak menunjuk eksyen lah tu.
"Siapa?" gua cuba interrogate maple ni.
"Saya kalau muka saya kenallah tapi nama saya tak ingat", huh, kalau lu tipu gua pun gua tak rugi apa. "Kerja dalam ofis ka luar ka?" dia tanya lagi secara friendly.
"Saya mana-mana pun ada",
"Selalu dalam ofis la?" tanya dia.
"selalu ofis", gua mengiakan.
Harga roti sebungkus RM2.25, gua pun hulur sekeping duit RM5. Sambil sembang tu dia hulur duit baki kepada gua RM3!
"Itu Kasigan ada ka?" dia tanya lagi. Tadi dia lupa sekarang dia dah ingat agaknya.
"Oh, dia sudah pindah lain tempat. Saya pun tarak jumpa dia lagi", ayat gua last gua pun blah.
Sejak bila pulak gua join PDRM ni?! Ni semua tailor punya pasal. Sapa suruh buat seluar gua sama macam seluar polis!
Maple ni pun satu, tengok seluar je. Tak nampak ke gua pakai kasut lofes Dr. Cardin lusuh. dah lah gua rabun pakai speck!
Tak pasal-pasal dapat diskaun.
Wednesday, November 11, 2009
True Supporter are true poyo!
Tapi bila bukan sekali dua aku dengar supporter 'team yang itu' pertikai pasal minat dan sokongan penyokong pasukan lain (baca: team-team Liga Perdana Inggeris) aku rasa aku perlu bagi pelempang berbentuk tulisan pada supporter yang syok sendiri macam ni.
Kerap dah aku dengar ayat-ayat macam ni...
"Eleh, poser la. Sokong team bila dah kuat je. Bukan sokong dari zaman-zaman kegemilangan... bla, bla, bla,"
"Lu sokong sejak Jutawan Rusia tu masuk je... Lu pernah ke tgk Gullit dan Zola main?"
"Lu pakai handphone Samsung kan? Lu tau tak gua sokong The Kop sejak handphone tak wujud lagi?"
"Minat MU pasal David Beckham je kan?"
"Taulah sokong Man U pasal Ronaldo!"
"Dan macam-macam lagilah especially yang jenis ungkit-ungkit pasal sejarah team dan sokongan yang sejak dulu-dulu lagi!" yang ni aku yang cakap.
Taulah bila dah tak suka tu ada-ada je bahan nak kutuk tapi janganlah sampai nampak poyo sangat.
Macam mana asal-usul seseorang tu nak jadi fan club tu tak penting sebab ada 1001 alasan dan sebab yang kita boleh bagi. OK, I follow Chelsea sejak Jutawan Rusia ambik tahta, kebetulan pulak rumah baru masuk Astro (sebelum tu aku sokong Bayern Munich dapat tengok live kat RTM je masa Champions League), biru jugak warna kegemaran aku, aku suka jersey Chelsea pasal cantik warna biru (aku sokong Bayern pun pasal jersey Opel cantik walaupun bukan warna biru. Aku minat sejak nampak member pakai jersey tu masuk paper)... so what? Pernah dengar tak dari mata turun ke hati?
Tentang sejarah, memanglah aku tak sokong Chelsea sejak Peter Osgood sebab aku tak lahir zaman tu tapi dek kerana minat mendalam aku jugak tahu serba sedikit sejarah Chelsea walaupun tak segemilang sejarah Liverpool. Aku tau jugak yang kelab Chelsea lahir kemudian lepas Stadium lahir dulu. Kalau lu orang nak sokong Liverpool ker sebab sejarah gemilang tu lu punya pasallah. Nama pun sejarah, biarlah jadi sejarah buat apa nak ungkit-ungkit sangat. Kalau pasal sejarah, samalah Liverpool macam Malaysia yang dok terkenang-kenang zaman A.Y Mokhtar Dahari, dan Ghani Minhat tapi hari ni hakikatnya macam hampas! Ranking tak pernah top hundred.
Satu lagi, kalau minat Chelsea sejak tu sejak ni tak boleh, alamat 10 tahun lagi takde lah penyokong-penyokong kelab bola sepak lagi!
Satu lagi, ni last punya... Lu orang yang poyo sangat nak mati-mati mengaku true supporter dan yang lain bukan, lu buka surat beranak lu lahir kat mana!
hidemichi: cepat marah cepat reda.
Wednesday, November 4, 2009
Aku kan Ayah!
Dalam pukul lebih sikit dari 6.30 pagi aku pun jadi pilot untuk hantar bini aku ke bus stop yang berdekatan. Bila dah sampai ke bus stop bini aku pun tinggalkan aku dan Fahim sendirian dalam kereta dengan harapan pandai-pandailah kami balik sendiri.
Sesampai di rumah aku pun letakkan Fahim depan TV dan bukakan cenel kegemaran dia 611 sementara aku nak ke dapur untuk cedukkan bubur Fahim yang dah dimasak oleh ibunya. Sambil ditemani oleh Jim Jam dan Sunny yang kadang-kadang cakap melayu dan kadang-kadang cakap omputih, sebagai ayah yang budiman aku akan tolong suapkan Fahim makan walaupun dia tak pandai suap sendiri. Doa makan pun aku yang tolong bacakan. Selalunya proses menghabiskan semangkuk bubur tu akan mengambil masa setengah jam sebab bila masuk separuh mangkuk kami akan mula bermain kejar-kejar. Selalunya aku yang jadi tukang kejar sebab kalau tak mengejar manakan sampai suapan yang seterusnya ke dalam mulut Fahim. TV pun boleh jadi mangsa masa tu sebab Fahim suka tekan-tekan butang on/off dan butang tukar cenel. Harap-harap pihak TV boleh banyak bersabar dan tak merajuk dek kerenah Fahim.
Lepas makan bubur, sambil menyanyi lirik lagu;
'Ku gembira sentiasa, badanku sihat dan kuat (oh yeah!).
Biar panas atau sejuk, ku bermain penuh minat.
Bermain melompat sini sana,
Scott Emultion membantu saya...'
Sesi kejar-mengejar akan menjadi lebih agresif padan dengan lirik lagu 'melompat sini sana' tu, bila nak di-injectkan Scott Emultion ke dalam mulut Fahim.
Selesai semua tu, masa akan sampai ke period di mana Fahim akan aku hantar ke 'sekolah' dia untuk dia bersosial dengan kawan-kawan sebaya dan tak berapa sebaya dengan dia seharian. Memang tak mandikan dia dulu sebelum hantar sebab awal pagi sangat. Pihak sekolah akan mandikan dia. Yang mandikan dia pun cikgu-cikgu wanita bujang, tentu lagi syok banding ayah dia sendiri. Nak-nak sesi pakaikan bedak. Fahim tak pernah cakaplah, tapi aku tau...
Bila dah hantar Fahim ke sekolah, barulah si ayah punyai masa untuk diri sendiri. Makan sarapan dan bersiap-siap untuk pergi kerja. Tapi hari tu lain sikit, pasal aku tak berapa sihat. Selain demam aku juga ada masalah cirit-birit. Pagi tu je dah 3 kali aku berulang ke tandas. Masa tu nak kentut sambil lewa pun tak boleh. Maka aku ambil keputusan untuk ke klinik sahaja. Kalau dah dapat MC, apa barang nak ke pejabat lagi?
Sampai di klinik kegemaran aku di Kepala Batas, kelihatan ramai juga pengunjung terutama kaum wanita. Klinik tersebut memang menjadi pilihan kaum wanita sebab rata-rata doktor dan pembantu klinik semuanya bertudung. Aku suka sebab tahap layanan kat situ sangat memuaskan selain harga ubat yang sangat berpatutan. Bini aku pun merestui aku untuk dapatkan layanan di klinik tersebut.
Bila sampai turn aku, aku pun masuk jumpa doktor. Soalan stendet doktor kat klinik biasalah akan tanya 'sakit apa?', kalau doktor kat wad bersalin pun nak tanya sakit apa aku harap doktor tu dihantar mengaji pondok. Aku pun ceritalah masalah... Doktor pun dengan lemah lembut check nadi, tekanan darah, dan tekan-tekan perut sambil mengeksplen tentang keadaan sebenar, apa punca dan apa yang patut aku makan. Sampai masa bila dia rasa nak bagi aku surat MC, dia tanya aku... "Dah kerja ke belajar lagi?"
Agak-agak kalau aku kata dah ada anak sorang dia terkejut tak? Nampaknya janggut yang aku bela ni tak cukup menuakan aku lagi.
Mr Age... you lose again!hahahaha...
p.s: Jangan kata aku perasan, benda ni bukan sekali dua berlaku ye....heeeeee.
Tuesday, October 27, 2009
Tadah tangan, nyanyi beramai-ramai!
"Madah Ibu Bapa Kita"
Biarlah anak makan lebih sikit dari kita, dia baru nak membesar...
Kita tak makan takpe, susah-susah kita puasa aje.
Biarlah anak dapat baju baru selalu, baju sama je nanti takut dia malu dengan kawan-kawan, Kita baju lama takpe, kalau member kutuk pun kita senyum je.
Biarlah anak kita dapat rawatan awal, kalau sakit lama-lama nanti kesian dia tak selesa, nak main dengan kawan-kawan tak dapat.
Kita sakit takpe, sikit je. Minum banyak air suam baiklah esok lusa.
Biarlah belanja semua kat anak dari diri kita sendiri, simpanan dia pun penting, dia pun dah semakin besar nak belanja sekolah lagi, makan pakai lagi. Kalau tak cukup belanja nanti nak belajar pun tak semangat.
Kita ni doakan je lah semoga dia berjaya dan jadi insan yang berguna...
Tuesday, October 20, 2009
Makwe aku yang sorang ni...
Dia pun masa tu bersungguh-sungguh menerangkan isi perut kursus-kursus dalam kolej tu, tak cukup dia sorang, pengetua dia pun join sama nak kasi aku terpengaruh. Aku ni memang jenis mudah terpengaruh dengan pujuk rayu. Pernah aku ter-apply sampai 4 jenis credit dan charge card, haram cuma satu je yang pakai.
Dalam pada aku keluar masuk kolej konon nak berurusan, aku dapat tahu yang makwe ni sudah minat dengan sorang member aku. Maka sejak hari tu aku jadi posmen tukang kirim salam dan informer dia dan kadang-kadang jadi consultant bila dia cadang nak beli-belikan member aku tu dengan hadiah.
Tapi lama-kelamaan usaha dia nak memikat member aku tak kesampaian pasal kalau dah bukan jodoh tu memang tak dapek nak menulung tu doh. Tak pasal orang tengah ni juga yang jadi rapat. Apa aktiviti dia buat dengan kengkawan opis dia, aku kena ekor. Kalau dia tengah bosan-bosan aku yang kasi hiburan. Kalau dia ada masalah di opis, aku yang tukang pujuk. Entah macam mana sedangkan aku ni jenis yang lari ke awek sana, lompat ke awek sini, bak kata orang lepas laku, tetiba boleh melekat kat makwe ni sorang.
Nak dijadikan jodoh, rezeki pulak datang melimpah ruah. Kalau sebelum tu bila pikir bab kawin wajib rasanya berwalikan Bank Rakyat, tapi itu jam bab duit memang bukan lagi masalah. Masalah sekarang kaki aku cukup kuat ke tak nak masuk keluar butik pengantin dan kedai reben?!
Hari ni genap 2 tahun kami hidup bersama. Masa senang makan ayam, masa susah makan megi perisa ayam. Tak cukup dua orang, tambah pulak seorang penyeri keluarga. Apa yang penting, KERJASAMA!
Ini malam kami bercadang nak makan candlelight dinner, tapi makwe aku ni pilih nak lokasinya kat McD! Macam nilah bila menikah dengan pakar ekonomi.
Ada lilin tak kat sana?
Monday, October 19, 2009
Fahim, ingat tak dulu Fahim cuma boleh meniarap je, kemudian kerana kasih sayang Allah Fahim dah boleh berdiri!
Ni aku sertakan gambar-gambar aksi Fahim setelah sejak mendapat kaki! Layan...


