Takdelah... Adalah satu pengalaman besar yang terjadi kat gua minggu lepas. Tengah sesedap setting untuk tidur malam tu sempena malam Jumaat, gua dikejutkan dengan panggilan telefon dari member yang sedang dalam shif malam- Korperal Asri.
"Cik, nak bagitahu Penang Sentral terbakar!" apa???
"Penang Sentral terbakar???" gua tanya balik sambil tak terasa lutut lepas dengar khabar dari member sebab tempat yang dia sebut tu tempat keje gua. Tempat gua carik rejeki.
"Tak, deret kedai depan tu yang terbakar." perghh, kalau ye pun panik tarik nafas dulu la kalau nak kabor berita. Suspen betullah.
Tapi sebenarnya suspen tu masih ada lagi sebab jarak antara ofis gua dengan deret kedai tu hanya dalam 50 meter je. Mungkin tak sampai. Nak lagi debar, sebelah terminal bas Penang Sentral tu depoh minyak Esso! Kesempatan tu gua pun tanya macam mana keadaan staf-staf yang lain. Asri gua ni kata semuanya selamat. Bomba pun dah dapat kawal kebakaran sebab dah dalam 20 minit berlalu baru dapat call. Gua pun lega sikit.
"Sarjan Kenedy dah tau?" gua tanya Asri. Dia kata tak dapat capai panggilan ke Sarjan Kenedy, member kitorang gak.
Gua pun siap-siap pakai baju semua nak ke tempat kejadian yang berada lebih kurang 20 minit perjalanan dengan kereta. Singgah rumah Kenedy yang berada satu taman dengan gua.
Dah sampai depan pintu, gua bagi salam dan ketuk pintu sekali. Anak sulong dia yang sambut.
"Ayah tidur," katanya.
"Cakap kat dia emergency, Penang Sentral terbakar!" saja bagi gegar sikit.
"Hah, terbakar? Abah!" terkejut si Faris menggelabah kejutkan ayahnya yang berkurung dalam bilik. Sejurus selepas tu Kenedy muncul dari bilik tidurnya berkain pelikat. Segar je muka, tak nampak macam tidur pun. Cuma ada sedikit serabai...hmmm.
"Saya tak sempat cuci, cik!" kata Sarjan Kenedy terus terang sewaktu dalam kereta menuju ke tempat kejadian. Sebelum tu gua kata kat dia yang malam Jumaat gua terganggu. Sambil dalam perjalanan tu gua sempat call bos gua yang paling besar. Bos yang besar sikit tu tak angkat phone.
Sampai-sampai je kami takde masalah menyelinap masuk ke kompleks terminal bas. Kawalan dari pihak berkuasa gua tengok tak berapa ketat. Malah, ramai penonton-penonton yang berada dekat dengan kawasan kejadian.
Malam tu juga banyak betul kereta bomba dari berbagai cawangan termasuklah bomba sukarela yang tak kurang banyak jugak.
Lebih kurang pukul 2 pagi api kebakaran dapat dipadamkan. Selepas itu baru anggota forensik masuk buat siasatan. TNB pun yang masa terbakar tadi putuskan bekalan dah sambung balik lebih kurang pukul 3.30pagi. Selebihnya tak sempatlah gua nak cerita kat sini. Nak tahu lebih detail sila rujuk 'incident report'. Pagi tu gua balik rumah pukul 5 pagi, sampai rumah dekat 5.30 pagi. Takkan nak kejut bini pulak kan...



15 org nak komplen:
rujuk incident report ngok ngek mung!:-D
camne ko leh jumpa belog aku ni woi...x puas ati.
Cehhh gua ingat meletup ka apa sebab depoh esso kat depan tu kan...serabai kenedy..hhahaha
Lu sebut sarjan, gua teringat geng Paskal tangkap leleh yang buat gua hampir 'terjatuh' laa bro...hiks!
50meter apa nya...kalau ada tiang gol kat situ, gua amik freekick pun boleh gol.... Relevan freekick, gol bagai sbb gua nak jemput lu join curva 1Q 22 Feb nanti bro...jgn lupa bwk alang sama sarjan saya belum cuci lagi....
wahhhhhhhhhh... uncle gediks...
blog starts at berapa nih...
huhuhuhu
potensi jd uncle gedik tu ada....
bila kejadian nie bro, wa tak dgr dalam berita tibi pun.
hye uncle gediks.. haha.. takut dgr case kebakaran nie.. tp kiteorg if dgr emergency fire alarm buat bodoh jer. :D
LW,
tang meletop tu depa kata byk kali pasal kawasan rumah kedai tu ada tong-tong gas. Gua je x sempaty menyaksikan.
Pesta Buih,
a'ah ye tak ye gak ek...kasi free kick pun bleh sampai...maybe gua terpengaruh dgn laporan akhbar. jahanam.
Uncle Jonni,
wah dah uncle, cepatnya naik pangkat padehal x naik pelamin lagi!kah kah kah.
TP,
gua dgr lu nak backpack dalam masa terdekat ni...berapa ramai? Boleh gua join menembak sekali.
Sid,
Yelah tu...jgn mcm member gua sorg ni ratu air mata...tgk rumah kedai tu terbakar pun boleh menangis mcmlah nyaris nak kena dia. Cepat2 menyusup balik rumah.
Hidemichi : mgkin aku seorg aje bro...backpack kesana. jumpa member lama(seorang) nak bawa ke area kerachut. mgkn lepak semalaman (bergantung pada suasananya) dan next day baru layan area g.town utk menembak.
Apa kerachut tu pun aku xtahu...nama mcm pelik tapi dgr dari member tmpat nya sesuai tuk beriadah dan tak tercemar lagi
TP,
Gua sendiri pun x pernah dgr kerachut. Nnt gua tanya sapa tau. Gua nak join part menembak je. Bleh dok?
hidemichi : boleh sgt2. InsyaAllah cuti nie aku kesana bro. keputusan hari khamis nie.
Kerachut tu nama pantai kat teluk bahang dalam kawasan hutan negara, mmg terjaga. ada air terjun dekat pantai, lu bayangkan lah cantik mcm mana. gua pun baru dgr je ni.
neway contact gua kat email pada profile blogger gua. share contact.
Dah jadik uncle?
hidemichi lagi : cit...apa le tak explore tmpt sendiri. ok sebenarnya member gua yg bagitaw ada port baru nak menerjah alam nie. InsyaAllah jumpa kita disana.
apasal lu kelakar?
penat gua gelak.
*hmpfff..
rasa begitu macho ber-gua-lu gua-lu
Post a Comment