Sunday, January 15, 2012

Sikap Penyayang Tak Mengira Usia


Kejap tadi gua bawa satu family ke padang Hj. Ahmad Badawi macam entri lepas. Aktiviti utama tentulah bermain bola.

Sambil-sambil main bola tu ada beberapa kali gua perati, Wani yang duduk dengan ibunya kat tepi padang dihampiri beberapa kanak-kanak perempuan keturunan serani. Rambut masing-masing ikat tocang panjang (betul ke namanya ikat tocang?).

Rupa-rupanya kanak-kanak ni datang dengan kaum-kaum ibu serani yang sedang berjoging. Manakala kaum bapa dan anak-anak lelaki bermain hoki.

Berbalik pada kanak-kanak perempuan serani tadi, rupa-rupanya bukan Wani je baby yang kanak-kanak serani ni kerumun sebaliknya ada lagi baby melayu yang lagi kecik dari Wani dengan selamba diorang mintak dukung. Cara diorang ni lepak dengan keluarga baby tu asalnya gua ingat diorang ni ada talian keluarga.

Agaknya kanak-kanak perempuan serani ni diajar untuk suka baby kot. Kecik-kecik dah suka baby ye...

2 org nak komplen:

telor power said...

wah....mcm xpercaya aje

sharamli said...

Semua 0rang kan suka baby

 
Tweet