Monday, January 16, 2012

Pucuk Di Cita Ulam Mendatang Wei!

Kan gua ada post entri pasal beli perfume branded di sini... Kesudahannya gua tak berapa berpuas hati disebabkan kekuatan dan kekekalan baunya tak memenuhi kehendak hati sanubari gua. Bau dah betul, tapi tak power. Betul ke original gua dah sangsi. Masalahnya bila perfume beralkohol ni mudah sangat ter-melewap. Baru letak kat tangan dah hilang cecairnya. Banyak perkataan di sini yang dah gua rosakkan gua syak. Diharap Mak Long Diah ambik perhatian.

Maka tak berapa lama lepas tu gua cuba shopping perfume secara online. Tu pun selepas gua cari website perfume yang memang gua dah ada seketul. Mirage Perfume pemberian seorang rakan. Dan of course-lah, ianya adalah perfume 'our version of' tanpa alkohol.

Gua order perfume sama yang gua ada iaitu Ralph (for women) 17ml, dan lagi satu Polo Blue (dah lama gua tak pakai bau ni, paling last zaman bujang guna perfume ori).

Nak dijadikan cerita, pagi tadi gua terima bungkusan tu. Sebetulnya hari Sabtu dah dapat tapi gua tak kerja hari tu dan member gua simpankan. Yang peliknya, bungkusan yang gua terima tu besar dan berat! 17 ml kali dua je kot, takkan letak bata pulak?

Gua dah suspen, otak mula bermain-main sambil buat macam-macam spekulasi dengan member gua tu .
Ada siap dengan invoice dan delivery order (DO) dan tepat dengan apa yang gua order.


Mungkinkah mamat cina yang gua call lepas order tu nak ambik balik hati gua lalu pujuk gua dengan botol minyak wangi yang sebesar ni?

Untuk pengetahuan, masa gua order barang hari Khamis lepas telah berlaku kesilapan teknikal. Authorisation dari laman web tersebut mengatakan pemindahan wang gua kepada diorang melalui RHB online fail sedangkan nilai dalam akaun gua dah ditolak oleh bank. Bila gua call diorang (yang bagusnya website tu sertakan nombor telefon in case apa-apa hal), katanya memang tak berjaya, tapi selepas beberapa ketika mamat cina tu maklumkan yang pembelian tu telah disahkan berjaya.

Manakala hari ni, order botol 17ml dapat botol 1 liter! Bukan sebotol, tapi dua. Gila babi. Ini dah kira untung.

Botol kecil dalam gambar tu adalah saiz yang gua harapkan dan sama macam gambar dalam website tu. Saiz gedabak macam ni mau makan tahun jugak nak abis. Macam nak suruh gua berniaga pulak. Ni kot yang orang kata pucuk di cita ulam mendatang.

Member gua tu dah tumpang seronok, nak upah mengangkat barang berat katanya. Gua pesan dia cari botol yang sesuai untuk sesi pemindahan. Sambil tu ada gak berkira-kira nak meniaga. Boleh untung ribu-ribu gak kalau macam ni.

Tapi gua takdelah sedap sangat hati nak terima 'pemberian' ni... Mungkin ada berlaku kesilapan teknikal (sekali lagi) kali ni dekat store room diorang pulak? Jadi gua ambik keputusan untuk maklumkan perkara ni pada PIC yang gua call hari tu.

Mamat cina tu punyalah terkejut dengar aduan gua tu, "OMG!" katanya... "I'm so gonna scold that store guy!" katanya lagi.

"So, It was a mistake? I thought it was a surprise gift or something..." duhh! OMgee perasaan sungguh.

So, lepas tu kitorang bincang camne nak pulangkan balik. Memula dia suruh gua courierkan semula barang-barang tu dan dia akan bank-in cost penghantaran, gua tak berapa in dengan cadangan tu. Gua tanya kalau-kalau ada person in charge ke apa kat Penang ni... Pastu dia mintak tangguh perbincangan untuk dia cari jalan.

Tak lama kemudian, sorang amoi call gua yang dia akan arrange-kan courier service untuk datang pick-up barang-barang tu dari office gua. Sambil tu barang yang gua order dia akan hantarkan sekali.

Harap-harap derang kirim extra 4 botol 17ml untuk hadiah kesabaran gua dan angan-angan yang punah.

OMgee...Dah-dah la tu....

5 org nak komplen:

♥cikmOt♥ said...

erkkk...hemmm...sebelum lu anta ke dia...boleh gua minta barang sebotol dulu...kasi penuh...lalala...

-HanaMichi- said...

heh..lepasni..mandi minyak wangi je ar..nanti gua pos botol kosong eh...meh bg alamat..
hahaha

telor power said...

dah boleh jadi saudagar minyak wangi

sid sienna said...

baru nk hantar botol kosong 2.. :D

Yumida said...

wooo..leh mandi sekali myk wangi tu..besarnyer....

 
Tweet