Thursday, January 19, 2012

Gerai Makcik Sombong!

"Amacam, nak try?"

Artikel dari Harian Metro 2 hari lepas.

Ianya bermula apabila gua post gambar di atas kat Facebook. Beberapa komen yang gua dapat cerita benda yang baik-baik je. Pelik, nama gerai punyalah teruk tapi dapat komen yang ohsem. Ada yang bagitahu gerai ni dah masuk tv dan sokabar... Apasal gua tak tau hah? Walhal baru seminggu gua ambik masa nak candid gambar ni masa ulang alik pergi dan balik keje. Sekejap terlepaslah, sekejap terlupalah, takut hujanlah (sebab naik motor). Serius memula mati-mati gua ingat signboard ni keje orang pedajal tanda protes.

Tapi dalam teruk-teruk pun nama gerai ni memang membuatkan gua rasa ingin berkenalan lanjut dengan gerai ni. Rasa teringin nak siasat kisah misteri gerai makcik sombong ni. Maka soalan gua kat Facebook tu lebih kepada pertanyaan buat gua sendiri. Tambah pulak ada yang komen pasal makan sedap pulak, kari kepala ikanlah, keli masak cililah, ayam gorengnya lah, lagilah gua rasa nak mencuba...

Pagi ni gua post gambar tu kat Facebook, tengahari tadi jugak gua pergi ke sana dengan member gua. Apa yang best sangat tu...

Sampai-sampai je, gua tengok kedai tu taklah crowded mana. Memang penuh dengan orang-orang TUDM je. Premisnya pun memang tahap gerai.

Beratur jugaklah masa nak ambik lauk yang tak banyak mana tu sebab orang-orang TUDM ni pun rata-rata baru sampai. Walaupun lauk tak pelbagai sangat, diorang guna jugak pekerja untuk untuk tolong cedokkan lauk. Tak sempatlah nak berkira-kira sangat nak lauk apa. Tak ada lauk yang nampak 'Wow!' sangat pun. Dalam masa yang genting tu, sudahlah baru first time nak pilih lauk, gua mintak je ayam goreng, telur goreng berlada, dan sayur taugeh. Kuah letak 'kari ikan ceroi sedap' yang orang komen kat Facebook tu.

Seriously, masa makan tu yang berada dalam otak gua masa tu, memang betullah pengaruh sokabar dan nama yang catchy tu boleh menarik perhatian orang untuk datang. Tp bila lu orang dah datang makan sini, lu orang tak nampak sebab kenapa lu orang nak kena repeat. Kecualilah lu orang TUDM yang keje dekat-dekat situ.

There is more to do than just a catchy name and hanging the story on the wall.


Masa beratur tu, kakak TUDM sorang tu angkat telefon, agaknya kat hujung talian tu tanya dia kat mana, tengah-tengah makcik tukang cedok tu cedok lauk, dia pulak jawab "kat Makcik Sombong lah, eh... Makcik tak sombong!" sambil kaver mulut dengan tangan.

5 org nak komplen:

Abang Jonni said...

kehkehkeh....walau namanya sombong... feymes jugak ye.... huhu

Telor Power said...

wah nie nama yg paling pelik aku dengor

jedi said...

pernah terbaca kat Hmetro itu hari...

Pesta Jiwa said...

Dah tu makcik tu jumpa x? camana dia? Sombong x? Kalau sombong gua nak singgah...

Helangmerah said...

Cammna nak letak watermark kat gambar??

 
Tweet