Dalam kol 9.30 malam baru Ibrahim call kata dah nak keluar. Selain dia dan bos, seorang contractor advertising pun ada sekali. Tetapi masing-masing kata tak mahu bawa kereta. Kalau dah masing-masing tak mahu bawa kereta, gua yang dah konfem-konfem datang dengan kereta ni lah kena jadi driver.
"takpelah, gua boleh bawa. Dah tentu-tentu gua datang dengan kereta."
Kedengaran lepas tu Ibrahim beritau bos yang gua volentier jadi driver.
"ok, gua bawa kereta lu orang decide nak makan kat mana." gua lepaskan tanggungjawab untuk perah otak kat diorang pulak.
"ok", Ibrahim mengatakan persetujuan.
Tu pun gua tak harap sangat orang KL ada idea nak makan mana kat penang ni. So, gua dah siap-siap dengan plan B.
Memang betul, sampai depan hotel diorang semua masuk je dalam kereta boleh tanya lagi gua nak makan kat mana.
"Bos la tak boleh nak fikir makan kat mana." jelas Ibrahim sambil gelak-gelak.
"Apa susah, makan kat mulut lah." gua jawab pun gelak-gelak, kontrol bengang sebenarnya. "Tak... At least you all bagitahulah nak makan apa?" sambung gua.
"Kita makan mi udang la boleh jugak," bos punya cadangan.
"Kita makan tomyamlah, nak?" gua bagi gua punya cadangan pasal gua dah lama tak pekena tomyam.
"Kita makan tomyam sebelah masjid Telok Air Tawar." bos cadangkan lokasi. Gua cakaplah yang gua malas nak jalan patah balik. Gua pun cadang makan kat area Taman Pauh, ada kedai tomyam satu kat situ. Gua tak pernah makan situ, cuma gua pernah lalu gua tengok tempat tu nampak selesa. Sesuailah nak bawa bos.
Sampai-sampai kami perhatikan ramai pengunjung yang dah sedia ada. Masing-masing dah risau dah takut lambat santapan sampai. Bangkok Tomyam nama kedai makan tu.
Masa gua nak check-in Foursquare (4sq) restoran tu ada 25 testimoni (dalam 4sq digelar sebagai Tips) hampir semuanya mengutuk dan kritik tentang servis (lembab). Sila rujuk gambar.
Masa makwe ambik order tu datang, member yang kontraktor tu kagum tengok diorang ambik order guna palm komputer dan wifi.
Alang-alang tu gua tunjukkan tips-tips dalam 4sq tu biar dia tahu. Yelah, popularity 4sq bukan macam Facebook.
"tengok komen-komen orang yang makan sini dalam 20 orang semua kata service slow. Buktikan yang kata-kata diorang ni salah." gua bagi cabaran kat dia ala-ala Ong Kim Swee bagi pep talk kat player Harimau Muda. "Diorang semua ni dari KL, saya yang bawa diorang makan sini." tambah gua lagi, merujuk pada bos, Ibrahim dan mat contractor.
Agaknya berkat kata-kata semangat gua tadi, ayam masak 5 rasa (tak tipu. Tak cukup 3 rasa, kat sini 5 rasa. Mengalahkan kopi pracampur), ayam masak halia, udang goreng pedas, udang goreng tepung, telur dadar, otak kempas (kalau tak silap namanya), dan tomyam campur terhidang kat meja tak sampai 10 minit. Masing-masing terkejut dan spontan kata "whoah!"
Rasa masakan dia pun boleh tahan sedap. Yang penting lagi, murah je harganya. Semua tu cuma RM65.00.
Mesej Ibrahim kat pengkomen dalam 4sq tu, "Well, maybe not your day. Better luck next time."
Mamat contractor pulak kata, "Things happen."






6 org nak komplen:
byk giler menu makan yg odar.... ada bela ke kehkehkeh...
bagus trick lu bro..boleh guna pakai tu
yg depan gua tu la selalu bela...hehehe.
sempat mintak email awek ambik oder tu...?
hehe
terbaek!
mantab, banyak giler tuh makanan :)
Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
Wow sedpnye. Mybe dh tgkatkan kualiti lepas ade org komen lmbt servis kot hehe.
Post a Comment