Friday, December 9, 2011

Ronda Penang

ujung minggu baru ni Mak, Ayah, dan dua orang adik gua datang tidur barang dua malam kat teratak buruk gua di Penaga. Tiba hari Jumaat malam Sabtu. Sabtu tu menghantar sepupu perempuan ke rumah pengantin lelaki di Jitra, Kedah.

Hari Ahad kitorang plan nak ronda-ronda KL. Sabtu malam Ahad tu dah bincang-bincang dah nak ke mana. Kitorang bercadang naik Bukit Bendera, makan tengahari kat Nasi Kandar Line Clear, Jalan-jalan usya pameran orkid di Kebun Bunga, kemudian makan malam kat Padang Kota Lama sebelum klimaksnya kat Tapak Pesta Sungai Nibong. Cadangan-cadangan ni tak mengambil kira sambutan orang ramai di hujung minggu dan cuti sekolah. Memang gamble.

Gua tak bercadang nak cerita panjang-panjang sebab menghabiskan air jari je bukan orang rajin nak membaca pun. Lagi pun ini bukan blog membebel.

Sebab keluar rumah pun lewat, sampai kat stesen keretapi Bukit Bendera dalam pukul 12.00 tengahari. Tu pun setelah buat U-turn keluar dari jalan masuk ke jeti feri dan divert ke Jambatan Pulau Pinang. Panjang gila kereta beratur nak naik feri. Takde pasal gua nak buang masa. Bawah ni gambar anak dara kecik dan anak dara besar sementara menunggu runner belikan tiket... Besar ke?

Walaupun sampai tengahari, takdelah 2 jam lepas tu baru boleh naik keretapi ke atas bukit. Dengan tren baru ni, perjalanan ke puncak tak sampai pun 5 minit dan frekuensi untuk ketibaan dan pelepasan tren pun sangat cepat lingkungan 15minit. Punyala laju, macam LRT. Tambang cuma RM4 satu kepala dewasa yang membawa IC biru. Kalau ada IC pun tapi tak bawa, tak guna.


Ni kiranya sekadar gambar buktilah buat menimbulkan rasa jeles saudara mara. Bawah ni pulak pemandangan Pulau Pinang dari Bukit Bendera. Memang gua cakap, walaupun Bukit Bendera tak setinggi Gunung Mat Cincang kat Langkawi tetapi pemandangannya lebih baik. Boleh nampak bangunan Komtar, pelabuhan, stadium, bangunan-bangunan, jalan raya, rumah, bukit, laut, pusat urut batin. Kalau Gunung Mat Cincang takat tengok bukit, laut, bukit, laut, hutan, dan penahan ombak rindu je.


Tak lama kat atas tu, sebab masing-masing perut pun dah lapar dan atas tu memang takde apa sangat. Tu pun ada yang sama-sama satu trip naik ke atas dengan gua, sampai-sampai dah beratur nak turun semula. Datang semata nak merasa naik keretapi baru je kot.

Sampai Jalan Penang nak makan tengahari nasi kandar Line Clear, sekali tak clear daa... Punya la panjang beratur. Gua nyaris nak hilang punca kat mana lagi nak melahap nasi kandar ni? Dah la parking berbayar depan Line Clear tu pun penuh. 2-3 kali gak gua pusing, lepas-lepas tu baru parking clear. So, sebab dah panjang sangat beratur, tak dapat Line Clear pun, Yasmin Clear pun jadilah. Tu pun mamak kat situ sengal, main taruk je lauk yang orang tak order nak bagi meriah masa nak membayarnya. Dua pinggan sampai, satu telur ikan dan satu lagi telur sotong. Tak order pun. Bila kita cakap tak order dia boleh buat-buat tanya lagi... Sebab line tak clear gua malas nak tembak gambar masa tu.

Selesai makan kami solat Zohor kat Masjid Negeri. Tu pun gua bawa pusing-pusing ada seketika tak jumpa jalan. Terlalu bergantung pada GPS pun boleh buat bala. Dekat-dekat pukul 4 baru sampai.

Usai solat, kitorang gerak ke Jalan Kebun Bunga. Ada Pesta orkid kat situ. Tapi gua punya genre bukanlah bunga-bungaan maka takde sangatla gambar-gambar kat situ.



Fahim buat muka selenge mintak penampo!


Kemudian lepas tu kitorang terus menuju ke Padang Kota Lama untuk pekena pasemboq. Tapi kali ni silap perkiraan bila terpilih gerai yang berbeza dari sebelum ni. Hasilnya, pasembor kali ni kuahnya tak sesedap yang sebelum. Dah nak macam nak ke kuah rojak buah da rasanya.


Gambar ni je yang sempat ambik. Lebih fokus untuk makan-makan.

Selesai solat Maghrib kat surau yang disediakan, kitorang terus menuju ke lokasi terakhir, Tapak Pesta Sungai Nibong. Kiranya acara klimaks la untuk malam ni.









1 org nak komplen:

telor power said...

wa selalu pi penang..lepak2 tido2 sana tapi still gagal naik bukit bendera baek dari train lama sampai la train baru nie ....cis, kalo wa taw pemandangan atas tu memang cantik .dah lama wa racun dan paksa member2 wa pi keatas bukit tu gak.

Bro..bukit bendera boleh laluan hiking x??

 
Tweet