Disebabkan kandungan minyak motor gua masih ada setakuk tak perlulah nak isi sampai RM5, manakala dalam dompet gua ada sejumlah RM3 sahaja duit keping satu ringgit. Gua pun pesan kat Apek tu, "3 ringgit".
Dengan pantas Apek tu menekan jumlah pada keypad yang ada. Gua pulak terhegeh-hegeh buka penutup tangki minyak. Buat pulak pesen motor gua ni canggih terlebih, tangki minyak letak depan (Modenas Xcite 130), key switch pulak pesen kualiti barangan buatan kompeni bersubsidi.
Bila dah kata Apek tu dah setting minyak RM3, pejam mata je la gua tekan nozzle. Alih-alih gua terkejut bila sampai melimpah minyak dari tangki. Gua jeling kat meter, gua dah isi RM5.14. Bayar RM3 dapat isi nilai RM5.14, ini sudah baik. Ada Year End Sale ke stesen minyak ni.
Gua berkira-kira nak declare kat Apek yang tengah layan customer sebelah ke tak nak. Timbang sekali dengan dosa ke tak berdosa... Last-last gua pandang muka Apek tu.
"Dah masuk lebih ni... Tadi saya mintak RM3 apsal jadi RM5?",
"You lambat... ini setting dalam 1 minit saja,"
Gua bayar harga lebihan minyak tu sambil dalam kepala hotak berputar; maknanya pam minyak yang khaskan untuk motor ni free flow la kecuali bila diberikan tetapan nilai. Bila ditetapkan pulak, dalam tempoh 1 minit je pastu kembali pada asal (free flow).
Idea-idea setan pun timbul. Lain kali bayar Rm2 je, pastu buat terhegeh-hegeh nak isi minyak. Lepas satu minit isi penuh-penuh. Gila babi!
Tu pun kalau betullah kesimpulan tu. Lu orang nak simpul macam mana lu orang punya pasal la... Tanggung sendiri. hahaha.



8 org nak komplen:
hahaha...ampeh lu...mau free jek...
siap ada year end sale ek...
kalu gitu aku pun nak weii
kt kl x penah nampak plak lane yg khas tuk motor nie.. tp bole ke kereta buat2 salah masuk lane ek? haha..
hmmmmm.....takpe balik nie aku try buat jadi ker tak kehkehkeh
Gua bukan pengakap..so gua tak tau nak bagi simpul camana...
kalau hari2 camtu kan best... ye dak?
hahahaha
cikmot,
di dunia yg takde benda free ni, sekali dpt free maunya tak syiok?
sid,
pastu kata nak isi RM2 ek...akai betul!
Telur Power,
Nnt kasi tau result.
Pesta Jiwa,
Takleh simpul pakai sampul.
Abg Jonni,
Benarlah.
adeh aku cuba kat petronas...xbley la
ye ye je apek tu.
Post a Comment